Ibn Khaldun

Kemukakan teori ekonomi Islam   Ibn Khaldun atau   nama sebenarnya Wali   al-Din Abd al-Rahman bin   Muhammad bin Abu Bakar   Muhammad bin al-Hasan lahir di   Tunis pada 1Ramadan 732H Keluarganya berasal daripada   keturunan Arab Hadramaut yang   pernah menetap di   Serville, Italy, dan SepanyoL Akhirnya   berpindahdan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan   Hafs Abu Zakariyya,   pemerintah Tunis pada waktu itu.

Seperti   yang dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat pendidikan   dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran,   al’Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa,   dan mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim   al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad   bin Abd al-Salam.   Ibn   Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga disanjung   oleh Barat kerana buah fikirannya, Walau bagaimana pun   jarang umat Islam mengkajinya. Sebenarnya,   sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak   dimuatkan dalam hasil karya agungnya, al Muqaddimah.   Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi   relevan dengan masalah ekonomi semasa.   Ibn   Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan   falsafah ekonomi seperti keadilan (al adl), hardworking,   kerjasama (cooperation), kesederhanaan (moderation), dan   fairness.   Berhubung   dengan keadilan (Justice), Ibn Khaldun telah menekankan   bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas   kekuatan sesebuah ekonom. Apabila keadilan tidak   dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah.   Menurut   beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta   orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan.   Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya   secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain.   Begitu juga kalau meminta seseorang melakukan   sesuatu yang berlawanan dengan Islam.

 

Beliau   mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah   hingga memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga   sebagai paling tidak adil. Menurut beliau lagi,   seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling   murah termasuk dalam kategori memiliki harta cara yang   tidak betul.   Ketidakadilan   seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah   negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan   segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab sebab tersebutlah   semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.

 

Manusia dan Ekonomi       Berdasarkan   analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan   idea Ibn Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada   prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak   melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti   perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal).   Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia   Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan   pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas   muka bumi ini.   Dalam   hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi   perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti   ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan   keutamaan kepada kehidupan akhirat.

 

Teori Pengeluaran       Ibn   Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan   perekonomian sentiasa menghala ke arahpelaksanaan keseimbangan antara   penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan   kerjasama masyarakat. Bahkan beliaumenganggap buruh merupakan faktor   terpenting dalam proses pengeluaran walaupun   faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga   buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.   Selain   itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga   amat perlu untuk mengekalkan tahap   produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar   masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan   dilakukan oleh orang yang   mahir   dan cekap.   Walau   bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan   pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan   pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa   teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan   pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100   tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan   teoriyang sama.

 

Teori Nilai, Wang dan Harga       Ibn   Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value)   dengan nilai pertukaran (exchange value).   Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai   sesuatubarangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam   proses pengeluaran.   “Semua   usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan   keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk   mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh,   kata Ibn Khaldun.       Teori Pengagihan       Menurut   Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama   iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai.   Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada   masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga   sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.   Menurut   Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti   buruh yang terlibat dalam pengeluaran   barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepadapenentuan harga sesuatu   barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh   mekanismepermintaan dan penawaran dalam pasaran.   Manakala   keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga   antara harga jualan dengan harga belian.   Namun begitu perbezaan antara kedua-dua   harga itu

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s